Ada sesetengah pihak menyatakan bahawa "tidak mengapa" bercinta dalam Islam asalkan menjaga batas-batas pergaulan, ada pula yang mengatakan "menjauhi perkara yang mendekatkan zina adalah lebih baik". Saya bukanlah arif dalam hal berkaitan agama. Jika ingin mengetahui jawapannya, boleh-lah berkunjung ke blog INILAH CINTA DALAM ISLAM :)
Amin Ya Rabb. Harap dialah yang kucari. Siapakah dia? Dia adalah teman baikku yang sedang menuntut di Institut Al-Quran Terengganu. Kami hanyalah teman yang tidak pernah 'talk face to face'. Ramai yang tidak percaya tapi itulah realiti. Dia adalah insan baru dalam dunia Islam. Dia sedang mendalami ilmu agama dan jika dibandingkan dengan diriku ini, banyak kekurangan yang ada, tak terhitung nilainya. Diri ini pun sedang sedaya upaya mencari kehidupan yang dapat mendekatkan diri ini dengan Sang Pencipta.
"Janganlah sekali-kali berdua-duaan antara seorang lelaki dan seorang perempuan atau berpergian dengannya melainkan disertai muhrimnya" [Al-Hadith]
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berupa kecintaan pada apa yang diingini, yakni wanita" [Ali-Imran: 14]
Maaflah tersasul pula berbicara pasalnya. Jangan salah anggap pula ya. Kami tak pernah bercinta. Kan lebih baik bercinta selepas membina baitul Muslim.
"Suruhlah orang-orang yang beriman menundukkan pandangannya dan memelihara kehormatannya" [An-Nur : 31]
"Dan suruhlah wanita-wanita mukmin menundukkan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mempamerkan kecantikannya kecuali bahagian badan yang boleh kelihatan (muka dan telapak tangan) dan supaya menutup dadanya dengan kerudung(khimar)..." [An-Nur 31]
Mudah-mudahan kita tidak melakukan perkara yang dapat menjauhkan diri dengan Allah SWT. Tabarakallah.






.jpg)

No.173


kalu nak copy tuto, sila credit pd saya